English | ÖÐÎÄ
Infrastruktur bertaraf dunia sesugguhnya dinikmati secara terbaik dengan aplikasi yang mengubah kehidupan. Kami ingin membantu anda mewujudkannya.

Rangkaian Inovasi 4G. Di mana pencipta inovasi bergabung tenaga untuk bereksperimen, bekerjasama dan membina aplikasi yang akan membuatkan hidup lebih mudah – dan mungkin lebih menyeronokkan lagi.

Internet telah mengubah dunia dengan persekitaran rendah-sekatan-masukannya yang memberikan ruang dan peluang yang sama rata kepada pencipta inovasi di seluruh dunia. Kami menerajui dunia dalam menjanakan inovasi Internet mudah alih generasi berikutnya dengan mencipta Rangkaian Inovasi 4G yang menghubungkan fikiran terbaik dan idea inovatif di peringkat global. Kami percaya idea umpama pencetus atau bibit yang boleh disampaikan kepada orang lain, dan kami mahu menjanakan hubungan sebegitu antara penduduk di Malaysia melalui rangkaian 4G seluruh negara yang pertama di dunia yang akan dilancarkan pada tahun 2010.

Rangkaian Inovasi 4G memainkan peranan untuk memecut aliran inovasi dan memupuk teknologi yang akhirnya akan memberi manfaat kepada masyarakat amnya.

Ekosistem Lengkap

Ekosistem Lengkap

Rangkaian Inovasi 4G adalah ekosistem lengkap di mana pembangun boleh membina aplikasi dan penyelesaian yang akan mempamerkan kemajuan teknologi 4G kita.

Rangkaian Inovasi 4G di Malaysia akan menghubungkan pembangun Malaysia dengan rakan mereka di serata dunia termasuk beberapa individu yang paling kreatif di dunia dari Silicon Valley, melalui program berkembar dengan Clearwire.

Peserta Rangkaian Inovasi kami boleh bekerjasama dan berkongsi idea sambil menguji perkhidmatan yang direka untuk meningkatkan pengalaman Internet mudah alih 4G.

Di Sentul Park yang berkeluasan 300 ekar, sebuah kompleks serba canggih dan moden akan dibuka pada awal tahun 2010 di mana pusat operasi rangkaian (NOC) dan pusat data akan di tempatkan dan menjadi tapak ujian untuk Rangkaian Inovasi 4G.

Cabaran Pemaju Global mYprize USD 1,000,000

Cabaran Pemaju Global mYprize USD 1,000,000

mYprize mencabar para pemaju dari seluruh dunia untuk mencipta aplikasi, kandungan atau peranti unik yang menyerlahkan manfaat Rangkaian 4G YTL Communications di Malaysia. Sebagai motivasi untuk para pemaju, YTL Communications menawarkan hadiah bernilai USD 1,000,000 kepada mereka yang mencipta penyelesaian yang paling menarik dan kreatif. Sasaran kami: Untuk mencipta aplikasi dan peranti yang membuka potensi Internet Mudah Alih 4G yang kaya dan tiada penghujungnya. Tetapi lebih daripada itu, kami mahu memberi inspirasi kepada para pemaju untuk menghasilkan idea yang akan mendemokrasikan inovasi dan menjadikannya sesuai untuk pengguna.

Jika anda seorang pemaju atau cuma seseorang yang mempercayai impak ciptaan anda, kami menjemput anda untuk memberikan idea anda kepada Cabaran Pemaju Global mYprize. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia, tidak kira sama ada individu ataupun pasukan. Sama ada idea anda dalam bentuk konsep atau beta, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin mewujudkan hari esok yang lebih baik. Daftar sekarang, serahkan idea anda dan ketahui dengan lebih lanjut lagi di www.myprize.my.

Tarikh tutup: 1 September 2010.

Lebih lanjut

 

Mendaftarlah untuk mendapatkan kemas kini mengenai Rangkaian Inovasi 4G dan “mY Prize”

  1.