

Sila hubungi Pengurus Komunikasi Korporat kami, Hasnan Kadir.
E-mel hasnan.kadir@ytlcomms.my
Hubungi +603-20278888
Perihal YTL Communications
YTL Communications adalah cabang komunikasi bagi YTL Corporation Berhad. Subsidiari dan utiliti komunikasi bagi YTL Power International Berhad (YTL Power International), Syarikat ini mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengendalikan rangkaian jalur lebar tanpa wayar WiMAX 2.3 GHz di Malaysia dan bercadang untuk menggunakan hak keistimewaan ini untuk menyediakan perkhidmatan mampu milik dan bertaraf dunia yang bakal meningkatkan lagi kehidupan penduduk di seluruh Malaysia. Mendapat sokongan kewangan daripada YTL Power International dan sokongan pengetahuan teknikal daripada rakan kongsi strategik yang terbaik dalam kumpulannya yang termasuk: Cisco, Clearwire, GCT dan Samsung, akan meletakkan YTL Communications sebagai pemain utama dalam industri telekomunikasi dan akan menerapkan asas bagi pemasangan rangkaian jalur lebar tanpa wayar seluruh negara dalam tahun 2010. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, YTL Communications komited dalam merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, meningkatkan lagi mutu kehidupan dan menyokong usaha untuk menggalakkan inovasi teknologi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.ytlcomms.my.
Perihal YTL Power International
YTL Power International adalah sebuah kumpulan utiliti yang aktif merentasi segmen utama industri utiliti di seluruh dunia. Beribu pejabat di Malaysia dan tersenarai di Bursa Malaysia (kapitalisasi pasaran RM12.9 bilion (ASD$3.8 bilion) pada 31 Oktober 2009), ia beroperasi di United Kingdom, Singapura, Australia dan Indonesia. Perniagaan terasnya termasuk: penjanaan, peruncitan dan penghantaran kuasa, perkhidmatan bekalan air dan kumbahan. YTL Communications mewakili pelaburan YTL Power International yang pertama dalam perniagaan komunikasi. YTL Power International adalah subsidiari YTL Corporation Berhad (“YTL Corporation”). Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.ytlpowerinternational.com.
Perihal YTL Corporation
YTL Corporation merupakan salah sebuah konglomerat yang berpusat di Malaysia terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia, dan bersama dengan lima entitinya yang turut tersenarai mempunyai kapitalisasi pasaran gabungan sebanyak lebih kurang RM30.8 bilion (USD$9.1 bilion) pada 31 Oktober 2009, dan jumlah aset melebihi RM45 bilion (USD$13 bilion). Syarikat ini telah disenaraikan pada tahun 1985, dan ia juga telah disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Tokyo sejak 1996, menjadikannya syarikat Asia (bukan Jepun) yang pertama disenaraikan di Bursa Saham Tokyo. YTL Corporation adalah pemaju infrastruktur bersepadu dengan kepentingan dalam pembinaan, penjanaan kuasa (di kedua-dua pasaran kontrak dan pedagang), pembuatan simen, perkhidmatan bekalan air dan kumbahan, pembangunan hartanah, pembangunan dan pengurusan hotel dan teknologi maklumat dan inisiatif e-dagang, berkhidmat untuk lebih 12 juta pelanggan di tiga buah benua. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.ytl.com.my.
Perihal MSC Malaysia
MSC Malaysia merupakan inisiatif negara yang dipelopori oleh Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan industri ICT negara dan untuk menyediakan tapak ujian bagi industri ICT global. MSC Malaysia menyediakan persekitaran pemungkin yang sesuai yang direka untuk memudahkan syarikat-syarikat menggunakan potensi sebenar teknologi ICT dan multimedia. Dengan persekitaran perniagaan idealnya, digandingkan pula dengan ketersediaan sumber bakat, MSC Malaysia telah menarik penyertaan daripada beberapa syarikat ICT global yang terkemuka untuk membangunkan dan menghoskan teknologi terkini mereka di beberapa buah Cybercity MSC Malaysia yang ditetapkan. MSC Malaysia juga menyediakan persekitaran pertumbuhan ideal bagi SME ICT Malaysia untuk berubah menjadi syarikat bertaraf dunia. Terokailah peluang tanpa had dunia ICT dengan menempatkan perniagaan anda di MSC Malaysia dan jadilah sebahagian daripada rangkaian global perniagaan dan komuniti terhubung kami. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.mscmalaysia.my.