

Sila hubungi Pengurus Komunikasi Korporat kami, Hasnan Kadir.
E-mel hasnan.kadir@ytlcomms.my
Hubungi +603-20278888
Mengenai YTL Communications
YTL Communications Sdn Bhd adalah utiliti komunikasi bagi YTL Power International Berhad yang merupakan anak syarikat bagi konglomerat yang beribu pejabat di Malaysia, iaitu, YTL Corporation Berhad. Syarikat ini telah diberikan lesen oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengendalikan rangkaian jalur lebar wayarles 2.3 GHz di Malaysia, yang memberikan perkhidmatan mampu milik yang terbaik di dunia, serta meningkatkan cara warga Malaysia bekerja, belajar dan bermain. Dengan sokongan kewangan yang kukuh dari syarikat induk dan kepandaian teknologi daripada rakan niaga strategik yang terbaik dalam industri seperti Cisco, Clearwire, GCT dan Samsung, YTL Communications akan melancarkan rangkaian 4G seluruh Negara yang pertama di dunia pada 2010. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, YTL Communications beriltizam untuk merapatkan jurang antara komuniti Bandar dan luar Bandar, dengan itu meningkatkan kualiti hidup dan menyokong usaha menggalakkan pembaharuan teknologi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.ytlcomms.my.
Mengenai YTL Power International
YTL Power International adalah kumpulan utiliti yang bergiat cergas dalam bahagian penting industri utiliti di seluruh dunia. Beribu pejabat di Malaysia dan disenaraikan di Bursa Malaysia (pemodalan pasaran RM12.9 bilion atau USD3.8 bilion pada 31 Oktober 2009), ia beroperasi di UK, Singapura, Australia dan Indonesia. Perniagaan terasnya merangkumi: penjanaan kuasa, runcit dan penghantaran, perkhidmatan air dan pembetungan. YTL Communications merupakan pelaburan pertama YTL Power International dalam perniagaan komunikasi. YTL Power International adalah anak syarikat YTL Corporation Berhad. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.ytlpowerinternational.com.
Mengenai GCT Semiconductor, Inc.
GCT Semiconductor adalah syarikat semikonduktor mendapat khidmat sumber luar yang terkemuka, yang mereka, membangunkan dan memasarkan penyelesaian litar bersepadu inovatif untuk industri komunikasi wayarles. Dengan frekuensi radio (RF) CMOS-nya yang terbukti dan kepakaran SOC, GCT membekalkan penghantar-terima RF CMOS dan penerima digital DMB Satelit cip tunggal CMOS dan penyelesaian Mobile WiMAX yang memberikan perkhidmatan kepada pengilang telefon bimbit mudah alih 3G dan 4G dengan mengurangkan kos BOM, mengurangkan penggunaan kuasa dan mengecilkan saiz. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.gctsemi.com.