English | ÖÐÎÄ
Melakar kisah sebuah negara. Kerana ini adalah tanah air kita.

Berita & Peristiwa

Layari arkib kami untuk mendapatkan siaran akhbar mengenai aktiviti dan peristiwa kami.

 

Pertanyaan Media

Sila hubungi Pengurus Komunikasi Korporat kami, Hasnan Kadir.

Usaha Ke Arah Negara Jalur Lebar - YTL Communications Bekerjasama Dengan Samsung Untuk Memperluas Rangkaian 4G Dan Liputan Rangkaian Dalam Bangunan

Kuala Lumpur, 24 Februari 2010 – YTL Communications Sdn Bhd, yang akan melancarkan rangkaian 4G-nya tidak lama lagi di Malaysia, hari ini mengikat kontrak dengan Samsung Electronics (SAMSUNG) untuk menambah bilangan stesen tapak untuk binaan rangkaian seluruh negaranya dan memperoleh penyelesaian dalam bangunan yang inovatif bagi menyediakan liputan dalam bangunan yang unggul.

Usaha Ke Arah Negara Jalur Lebar - YTL Communications Bekerjasama Dengan Samsung Untuk Memperluas Rangkaian 4G Dan Liputan Rangkaian Dalam Bangunan

Usaha Ke Arah Negara Jalur Lebar - YTL Communications Bekerjasama Dengan Samsung Untuk Memperluas Rangkaian 4G Dan Liputan Rangkaian Dalam Bangunan

Melalui perjanjian ini, SAMSUNG akan menambah 500 stesen tapak radio WiMAX 2.3 GHz untuk meluaskan liputan. Ini sebagai tambahan bagi 1900 stesen tapak yang sedia ada. SAMSUNG juga akan membekalkan 2000 unit stesen tapak yang lebih kecil, atau pikosel, untuk liputan rangkaian dalam bangunan. Pikosel SAMSUNG adalah stesen tapak yang inovatif, kecil, jimat, dan paling sesuai untuk menyediakan liputan dalam bangunan yang unggul.

Perjanjian tersebut menegaskan usaha agresif YTL Communications dalam menuju ke arah negara jalur lebar dan menandakan sokongan penuh berdedikasi SAMSUNG terhadap pembinaan rangkaian perkhidmatan 4G YTL Communications di Malaysia. SAMSUNG akan berkongsi kepakaran WiMAX-nya dan menyediakan stesen tapak dan pikosel WiMAX yang terbaik di dunia kepada YTL Communications, dengan itu menjayakan wawasan YTL Communications untuk melaksanakan liputan rangkaian 4G seluruh negara untuk merapatkan jurang digital.

SAMSUNG yang merupakan pembekal peralatan WiMAX yang pertama dan terbaik di dunia, telah melancarkan perkhidmatan komersial yang pertama di Korea pada tahun 2006 dan menjadi pembekal kepada 23 operator WiMAX yang utama merentasi 19 buah negara, seperti Clearwire di AS, Yota di Rusia dan UQ Communications di Jepun. SAMSUNG merupakan perintis dalam menerima pakai dan evolusi Mobile WiMAX di dunia.

“Tindakan lebih meyakinkan daripada kata-kata. Pengambilalihan stesen tapak tambahan dan pikosel daripada SAMSUNG menunjukkan tekad jitu kami untuk menyampaikan wawasan rangkaian seluruh negara untuk memberikan perkhidmatan kepada warga Malaysia.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, En. Wing K Lee. “Bersama-sama dengan rakan niaga bertaraf dunia, kami akan dapat menyediakan internet mudah alih kepada masyarakat bandar dan luar bandar di seluruh negara,” tambah Lee.

“Kami amat berterima kasih kepada YTL Communications kerana keyakinan berterusan yang mereka berikan kepada kami. Sebagai pembekal penyelesaian WiMAX global, kami akan menggunakan pengalaman yang kami peroleh dari pelaksanaan berjaya di seluruh dunia untuk menyokong matlamat perniagaan YTL Communications dan kami amat teruja untuk memainkan peranan dalam mencipta rangkaian 4G seluruh negara yang pertama di dunia, di negara ini,” ujar En. Woonsub Kim, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Bahagian Sistem Telekomunikasi SAMSUNG.

 

Mengenai YTL Communications
YTL Communications Sdn Bhd adalah utiliti komunikasi bagi YTL Power International Berhad yang merupakan anak syarikat bagi konglomerat yang beribu pejabat di Malaysia, iaitu, YTL Corporation Berhad. Syarikat ini telah diberikan lesen oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengendalikan rangkaian jalur lebar wayarles 2.3 GHz di Malaysia, yang dapat memberikan perkhidmatan mampu milik yang terbaik di dunia, serta meningkatkan cara warga Malaysia bekerja, belajar dan bermain. Dengan sokongan kewangan yang kukuh daripada syarikat induk dan kepandaian teknologi daripada rakan niaga strategik yang terbaik di dunia seperti Cisco, Clearwire, GCT dan Samsung, YTL Communications akan melancarkan rangkaian 4G seluruh negara yang pertama di dunia pada 2010. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, YTL Communications beriltizam untuk merapatkan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar, dengan itu meningkatkan kualiti hidup dan menyokong usaha menggalakkan pembaharuan teknologi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: .

Mengenai YTL Power International
YTL Power International adalah kumpulan utiliti yang bergiat cergas dalam bahagian penting industri utiliti di seluruh dunia. Beribu pejabat di Malaysia dan disenaraikan di Bursa Malaysia (pemodalan pasaran RM12.9 bilion atau USD3.8 bilion pada 31 Oktober 2009), ia beroperasi di UK, Singapura, Australia dan Indonesia. Perniagaan terasnya merangkumi: penjanaan kuasa, runcit dan penghantaran, perkhidmatan air dan pembetungan. YTL Communications merupakan pelaburan pertama YTL Power International dalam perniagaan komunikasi. YTL Power International adalah anak syarikat YTL Corporation Berhad. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: .

Mengenai SAMSUNG Electronics
SAMSUNG Electronics Co., Ltd. adalah peneraju global dalam semikonduktor, telekomunikasi, media digital dan teknologi penumpuan digital dengan jualan disatukan sebanyak US$96 bilion pada tahun 2008. Dengan jumlah kakitangan seramai 150,000 orang di 134 pejabat dalam 62 negara, syarikat ini terdiri daripada dua unit perniagaan: Digital Media & Communications dan Device Solutions. Dikenali sebagai satu daripada jenama global yang pesat berkembang, SAMSUNG Electronics merupakan pengeluar terkemuka TV digital, cip ingatan, telefon mudah alih dan TFT-LCD. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: .

^ Back to top