English | ÖÐÎÄ
Ini peluang anda untuk menyumbang kepada Rangkaian Internet Mudah Alih 4G seluruh negara yang pertama di dunia.

Jika anda percaya bahawa merapatkan hubungan bangsa dapat mengubah kehidupan, maka sertai organisasi kami.

Sejak mula lagi, kami tahu bahawa bukan mudah untuk membina Rangkaian Internet Mudah Alih 4G seluruh negara yang pertama di dunia. Untuk menjayakan impian ini, kami memerlukan sokongan jitu daripada orang yang mampu mengembangkan dan mempercayai 4G—serta pengetahuan mendalam yang tiada batasnya.

Tetapi, melalui usaha gigih dan ketabahan, impian menghasilkan rangkaian 4G menjadi kenyataan, yang hari demi hari semakin meluas penggunaannya. Kami bersemangat, namun begitu kami tahu bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Kami ingin mendapatkan rakan niaga pada setiap peringkat—pemikir idea, pembangun, ejen pemasaran, ejen dagangan, wakil, pengedar, pembina alat 4G, sebut sahaja. Harapan kami supaya dengan adanya rakan niaga yang tepat, secara berganding bahu kami dapat mengubah masa depan Malaysia.

Sertai Pasukan Terbaik

Sertai Pasukan Terbaik

Sertai rakan niaga bertaraf dunia kami, Cisco, Clearwire dan Samsung, dan naikkan taraf perniagaan anda ke peringkat lebih tinggi.

Pamerkan Kekuatan Anda

Pamerkan Kekuatan Anda

Perkakasan? Peranti? Aplikasi? Walau apa jua bidang kepakaran anda, rebutlah peluang ini untuk berusaha mencapai impian anda.

Bagaimana Cara Menjadi Rakan Niaga?

Bagaimana Cara Menjadi Rakan Niaga?

Beritahu kami butiran diri anda, apa bidang anda dan bagaimana kita boleh bekerjasama. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Ya, kami berkongsi wawasan!

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi rakan niaga kami. Sila luangkan masa beberapa minit untuk mengisi borang ini. Kami akan lakukan yang terbaik untuk memberi maklum balas dalam masa 10 hari kerja.

  1.