

Tarikh Kuat Kuasa Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini: 10 November 2009
Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana YTL Communications Sdn Bhd (“YTL Communications”) termasuk subsidiari dan anggota gabungannya (bersama dirujuk sebagai “YTL Communications Group”), mengendalikan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami di laman web yang dikawal oleh YTL Communications yang berkait kepada Dasar Privasi ini (bersama dirujuk sebagai “Laman Web YTL Communications”). Kecuali jika dinyatakan sebaliknya secara khusus, Dasar Privasi ini tidak dikenakan kepada maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada anda secara luar talian, atau kepada laman web pihak ketiga ke mana Laman Web YTL Communications mungkin berpaut simpan sebagai atau pun diberikan di dalam ini. Penggunaan Laman Web YTL Communications oleh anda adalah tertakluk kepada Dasar Privasi ini dan Terma-terma Penggunaan Dalam Talian.
Sila baca Dasar Privasi ini sebelum menggunakan Laman Web YTL Communications atau sebelum menghantar maklumat peribadi kepada kami.
Apa yang dimaksudkan dengan “maklumat peribadi” seperti yang digunakan dalam Dasar Privasi ini?
“Maklumat peribadi” bermaksud maklumat yang mengenal pasti diri anda atau boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda yang dihantar ke dan/ atau dikumpulkan oleh Laman Web YTL Communications. Contoh maklumat peribadi termasuk nama, alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon anda.
Bagaimana YTL Communications mengumpulkan maklumat dalam talian?
YTL Communications mengumpulkan maklumat dalam dua cara:
Dalam keadaan yang bagaimana dan untuk tujuan apa YTL Communications mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi?
YTL Communications akan menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan melalui Laman Web YTL Communications bagi menjawab soalan anda dan bagi \menyediakan khidmat pelanggan yang cekap untuk anda. Selepas anda memasukkan maklumat peribadi ke dalam borang atau petak data di mana-mana Laman Web YTL Communications, YTL Communications mungkin menggunakan teknologi pengenalpastian tertentu untuk membolehkan Laman Web YTL Communications “mengingat” keutamaan peribadi anda. Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan perniagaan lain, seperti menawarkan peluang untuk menerima notis mengenai produk atau perkhidmatan YTL Communications.
Adakah YTL Communications menggabungkan maklumat peribadi?
YTL Communications mungkin menggabungkan maklumat peribadi pelanggan yang menggunakan Laman Web YTL Communications. Selain itu, kami mungkin menggabungkan maklumat dalam bentuk tidak dapat dikenal pasti (data terkumpul/ tanpa nama) untuk membantu kami memperbaiki reka bentuk Laman Web YTL Communications dan produk YTL Communications, untuk mempertingkatkan aktiviti penyelidikan kami, dan untuk memudahkan fungsi perniagaan yang lain.
Apa pilihan yang saya ada berhubung bagaimana YTL Communications mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi tentang saya?
Anda sentiasa boleh mengehadkan jumlah dan jenis maklumat peribadi tentang anda yang diterima oleh YTL Communications dengan memilih untuk tidak memasukkan sebarang maklumat peribadi ke dalam borang atau petak data di Laman Web YTL Communications. Sesetengah daripada perkhidmatan dalam talian kami hanya boleh diberikan kepada anda jika anda memberikan maklumat peribadi yang berkenaan kepada kami. Bahagian Laman Web YTL Communications yang lain mungkin akan bertanya sama ada anda mahu dimasukkan ke dalam senarai hubungan kami untuk menerima tawaran, promosi dan perkhidmatan lain yang mungkin menarik bagi anda.
Anda mungkin juga diberikan soalan keutamaan atau petak keutamaan yang membolehkan anda menyatakan bahawa anda tidak mahu Laman Web YTL Communications menggunakan teknologi pengesanan, seperti cookie, untuk "mengingat” maklumat peribadi anda, seperti alamat surat-menyurat, pada lawatan akan datang. Namun, Laman Web YTL Communications yang menggunakan teknologi pengesanan untuk mengumpulkan maklumat tidak dapat dikenal pasti biasanya tidak memberikan keupayaan bagi memilih untuk tidak terlibat dengan teknologi pengesanan itu. Sesetengah pelayar web membolehkan anda mengehadkan atau menyahdayakan penggunaan teknologi pengesanan yang mengumpul maklumat tidak dapat dikenal pasti.
Siapa yang akan mempunyai akses kepada maklumat peribadi tentang saya?
Maklumat peribadi boleh diakses oleh sebilangan kakitangan YTL Communications yang tertentu sahaja, oleh syarikat-syarikat tertentu dengan siapa YTL Communications mungkin menjalankan program bersama, dan oleh pihak ketiga kepada siapa YTL Communications memberikan kontrak bagi menjalankan aktiviti perniagaan untuk YTL Communications. Kami melatih kakitangan kami mengenai kepentingan privasi dan bagaimana untuk mengendali dan menguruskan data pelanggan dengan betul dan selamat. Selain daripada itu, adalah menjadi amalan YTL Communications untuk mendapatkan persetujuan anda jika diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan sekiranya anda mendaftar diri untuk program yang dijalankan bersama dengan syarikat lain yang mungkin memerlukan akses kepada maklumat peribadi anda.
Adakah YTL Communications mengongsikan maklumat peribadi dengan pihak ketiga?
Kecuali seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian ini, YTL Communications tidak akan memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali anda telah diberikan peluang untuk memilih untuk terlibat dalam pendedahan ini. YTL Communications mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda, tanpa bertanya sama ada anda mahu terlibat atau tidak, kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang membantu kami menjalankan aktiviti perniagaan kami. YTL Communications juga mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat peribadi anda bagi memenuhi permintaan maklumat rasmi daripada pihak berkuasa kerajaan atau apabila dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang.
Bagaimana YTL Communications melindungi maklumat peribadi?
Adalah menjadi amalan YTL Communications untuk melindungi setiap Laman Web YTL Communications yang mengumpul maklumat peribadi; namun, kerahsiaan maklumat peribadi yang dihantar melalui Internet tidak boleh dijamin. Kami meminta anda mengamalkan langkah berhati-hati apabila menghantar maklumat peribadi melalui Internet. YTL Communications tidak boleh menjamin bahawa pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran tidak akan mendapat akses kepada maklumat peribadi anda; oleh itu, apabila menghantar maklumat peribadi ke Laman Web YTL Communications, anda mesti mempertimbangkan kedua-dua manfaat dan risikonya.
Bagaimana saya boleh membetulkan maklumat peribadi atau memadamnya daripada rekod pelanggan semasa?
Dengan sokongan anda, YTL Communications akan memastikan maklumat peribadi anda sentiasa tepat dan terkini. Anda boleh meminta untuk meminda atau membetulkan maklumat peribadi anda. Sila maklumkan keinginan anda kepada kami dengan menghubungi kami melalui salah satu daripada cara yang dinyatakan di bawah.
Berapa lama YTL Communications akan menyimpan maklumat peribadi?
Secara amnya, YTL Communications hanya akan menyimpan maklumat peribadi anda selama mana ia diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, tertakluk kepada tempoh pengekalan data berkenaan yang dikenakan kepada YTL Communications oleh undang-undang yang boleh dikenakan.
Bagaimana saya boleh menghubungi YTL Communications?
Jika anda mempunyai soalan mengenai skop, penggunaan atau pindaan, maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami, atau jika anda ingin memilih untuk tidak terlibat lagi dengan komunikasi pada masa depan daripada perniagaan YTL Communications atau program YTL Communications yang tertentu, sila hubungi kami dengan mengklik pada pautan "Hubungi Kami" di Laman Web YTL Communications yang anda lawati. Selain itu, anda juga boleh menghantar surat ke alamat yang berikut:
YTL COMMUNICATIONS SDN BHD
Aras 8, One Oriental Place,
No.1, Jalan Hang Lekiu,
59100, Kuala Lumpur, Malaysia
Jika anda mahu meminda atau membetulkan maklumat peribadi anda dan jika anda menghubungi kami melalui e-mel, sila taip "Permintaan Pindaan/ Pembetulan", seperti yang berkenaan, di baris perkara e-mel anda. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi respons kepada semua permintaan yang munasabah dalam jangka waktu yang berpatutan.
Bagaimana saya tahu jika YTL Communications ada mengemas kini Dasar Privasi ini?
Jika YTL Communications mengubah amalan privasi, versi yang dikemas kini bagi Dasar Privasi ini akan menggambarkan perubahan tersebut dan kami akan memberitahu anda tentang perubahan sedemikian dengan mengemas kini tarikh berkuat kuasa di bahagian atas Dasar privasi ini. Tanpa prejudis terhadap hak anda di bawah undang-undang yang berkenaan, YTL Communications mempunyai hak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk menggambarkan kemajuan teknologi, perubahan perundangan dan peraturan dan amalan perniagaan yang baik.