English | ÖÐÎÄ
Rangkaian Internet mudah alih seluruh negara yang pertama di dunia, didayakan oleh 4G. Kami sedang membinanya.
 

Terma-terma Penggunaan

Tarikh Kuat Kuasa Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini: 10 November 2009

Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini mengawal akses anda kepada laman web yang dikawal oleh YTL Communications Sdn Bhd (“YTL Communications”, termasuk subsidiari dan anggota gabungannya (bersama dirujuk sebagai “YTL Communications Group”), yang berkait kepada Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini (bersama dirujuk sebagai “Laman Web YTL Communications”). Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini tidak boleh dikenakan kepada laman web pihak ketiga ke mana Laman Web YTL Communications mungkin berpaut simpan sebagai atau pun disediakan di dalam ini. Penggunaan Laman Web YTL Communications oleh anda tertakluk kepada Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini dan Dasar Privasi.

Tanpa prejudis terhadap hak anda di bawah undang-undang yang berkenaan, YTL Communications mempunyai hak untuk meminda Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini untuk menggambarkan kemajuan teknologi, perubahan perundangan dan peraturan dan amalan perniagaan yang baik. Jika YTL Communications mengubah Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini, versi yang dikemas kini bagi Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini akan menggambarkan perubahan tersebut dan kami akan memberitahu anda tentang perubahan sedemikian dengan mengemas kini tarikh berkuat kuasa di bahagian atas Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini. Dengan mengakses atau menggunakan Laman Web YTL Communications, anda bersetuju bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat kepada versi semasa Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini yang boleh anda lihat apabila mengakses Laman Web YTL Communications. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini, atau tidak berpuas hati dengan Laman Web YTL Communications, satu-satunya remedi untuk anda adalah berhenti menggunakan Laman Web YTL ini.

PENAFIAN

Anda memperakui dan bersetuju bahawa:

a. Walau pun kami berusaha keras untuk memberikan perkembangan terkini berhubung produk dan perkhidmatan kami dan maklumat lain mengenai YTL Communications di Laman Web YTL Communications, kami tidak menjamin ketepatan, keberkesanan dan kesesuaian sebarang maklumat yang terkandung di dalam Laman Web YTL Communications. Setiap individu memikul tanggungjawab penuh dan semua risiko yang timbul daripada penggunaan Laman Web YTL Communications. Maklumat disampaikan “SEADANYA” dan mungkin termasuk ketaktepatan teknikal atau kesalahan tipografi. YTL Communications mempunyai hak untuk membuat penambahan, pemadaman atau pengubahsuaian kepada maklumat yang terkandung di Laman Web YTL Communications pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.

b. YTL COMMUNICATIONS TIDAK MEMBUAT SEBARANG PENGGAMBARAN ATAU JAMINAN, APA JUA JENIS DAN SIFATNYA BERHUBUNG MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN YANG DITERBITKAN DI LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS. YTL COMMUNICATIONS DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA PENGGAMBARAN DAN JAMINAN, SAMA ADA YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT, DICIPTA OLEH UNDANG-UNDANG, KONTRAK ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK, TANPA HAD, SEBARANG JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, HAK MILIK ATAU KETAKLANGGARAN HAK CIPTA. DALAM APA JUA KEADAAN YTL COMMUNICATIONS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN APA JUA JENIS DAN SIFATNYA, TERMASUK, TANPA HAD, KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN) LANJUTAN ATAU SAMPINGAN YANG TIMBUL AKIBAT ATAU BERHUBUNG DENGAN KEWUJUDAN ATAU PENGGUNAAN LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS, DAN/ ATAU MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN YANG DITERBITKAN DI LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS, TANPA MENGIRA SAMA ADA YTL COMMUNICATIONS TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN ATAU TIDAK.

c. YTL Communications tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan apa jua jaminan, bagi ketepatan, keberkesanan, ketepatan masa dan kesesuaian sebarang maklumat atau kandungan yang diperolehi daripada pihak ketiga, termasuk sebarang hiperrangkaian ke atau dari laman pihak ketiga. Kecuali seperti yang dipaparkan di Laman Web YTL Communications, YTL Communications tidak akan mengedit, menapis atau pun mengawal sebarang kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga di mana-mana papan buletin, ruang sembang atau forum serupa lain yang diterbitkan di Laman Web YTL Communications. Maklumat sedemikian harus, dengan itu, dianggap sebagai dicurigai dan tidak diendors oleh YTL Communications.

PENGGUNAAN ANDA

Anda memahami, memperakui dan bersetuju dengan yang berikut:

a. Dengan menggunakan Laman Web YTL Communications, anda bersetuju untuk tidak mengganggu atau memintas maklumat elektronik yang diterbitkan di Laman Web YTL Communications atau di mana-mana pelayan kami. Anda juga bersetuju untuk tidak cuba memintas sebarang ciri keselamatan Laman Web YTL Communications dan berpegang pada semua undang-undang, aturan dan peraturan tempatan, negeri, persekutuan dan antarabangsa yang boleh dikenakan.

b. Kecuali jika dinyatakan dengan jelas dan dipersetujui terlebih dahulu oleh YTL Communications, tiada hubungan rahsia boleh diwujudkan sekiranya mana-mana pengguna Laman Web YTL Communications membuat sebarang komunikasi lisan, bertulis atau elektronik dengan YTL Communications (seperti maklum balas, soalan, komen, cadangan, idea, dll.). Jika mana-mana Laman Web YTL Communications memerlukan atau meminta bahawa maklumat sedemikian diberikan, dan maklumat sedemikian mengandungi maklumat boleh dikenal pasti (cth. nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel), YTL Communications akan memperoleh, menggunakan dan mengekalkannya dengan cara yang sejajar dengan Dasar Privasi kami. Jika tidak, komunikasi dan sebarang maklumat yang diserahkan itu akan dianggap bukan sulit, dan YTL Communications akan bebas untuk mengeluarkan semula, menerbitkan atau pun menggunakan maklumat sedemikian untuk apa jua tujuan termasuk, tanpa had, penyelidikan, pembangunan, pembuatan, penggunaan atau jualan produk yang menggabungkan maklumat sedemikian. Penghantar sebarang maklumat kepada YTL Communications bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungannya, termasuk kebenaran dan ketepatannya dan ketaklanggaran terhadap hak proprietari atau privasi individu lain.

HARTA INTELEK

Maklumat, dokumen dan grafik yang berkaitan yang diterbitkan di Laman Web YTL Communications ("Maklumat") adalah harta YTL Communications, kecuali maklumat yang diberikan oleh penyedia pihak ketiga di bawah kontrak kepada YTL Communications. Kebenaran untuk menggunakan Maklumat diberikan, dengan syarat bahawa (1) notis hak cipta di atas tertera di atas semua salinan; (2) penggunaan Maklumat adalah untuk kegunaan sebagai maklumat dan bukan komersil atau peribadi sahaja; (3) Maklumat tidak diubahsuai dalam apa jua cara; dan (4) tiada grafik yang diperolehi daripada Laman Web YTL Communications ini digunakan berasingan daripada teks yang mengiringinya. YTL Communications tidak bertanggungjawab atas kandungan yang disediakan oleh penyedia pihak ketiga, dan anda dilarang daripada mengedarkan bahan sedemikian tanpa kebenaran pemilik hak cipta tersebut. Kecuali seperti yang dibenarkan di atas, tiada lesen atau hak, tersurat atau tersirat, diberikan kepada mana-mana individu di bawah sebarang paten, cap dagang atau hak proprietari lain bagi YTL Communications.

Tiada sebarang cap dagang, nama dagang dan gaya dagang YTL Communications di Laman Web YTL Communications Web Sites boleh digunakan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada YTL Communications, kecuali untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan syarikat.

PRIVASI DAN KESELAMATAN

YTL Communications komited terhadap perlindungan privasi anda dalam talian. Kami memahami kepentingan privasi kepada pelanggan dan pelawat Laman Web YTL Communications. Penggunaan maklumat boleh dikenal pasti kami dikawal oleh Dasar privasi kami dan dengan mengakses dan menggunakan Laman Web YTL Communications, anda bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi itu.

Anda menyedari dan bersetuju bahawa apabila menghantar maklumat boleh dikenal pasti ke Laman Web YTL Communications, walau pun YTL Communications mempunyai sistem perlindungan yang sedia untuk menghalang akses atau pemintasan tanpa kebenaran, tiada jaminan mutlak bagi keselamatan. WALAUPUN SANGAT KECIL KEMUNGKINANNYA, SEKIRANYA BERLAKU JUGA PEMINTASAN ATAU AKSES TANPA KEBENARAN MESKIPUN KAMI SUDAH BERUSAHA KERAS UNTUK MENGHALANGNYA, YTL COMMUNICATIONS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS PEMINTASAN ATAU AKSES TANPA KEBENARAN SEDEMIKIAN, ATAU SEBARANG KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU LANJUTAN (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN) YANG DITANGGUNG OLEH PELANGGAN ATAU PENGGUNA). WALAU PUN JIKA YTL COMMUNICATIONS TELAH DIBERITAHU TERLEBIH DAHULU MENGENAI KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN, YTL COMMUNICATIONS TIDAK MENJAMIN, SAMA ADA SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, BAHAWA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH MANA-MANA PELANGGAN AKAN BEBAS DARIPADA PEMINTASAN ATAU AKSES TANPA KEBENARAN, DAN TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. SETIAP PELANGGAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGEKALKAN KERAHSIAAN KATA LALUANNYA SENDIRI.

PENGEHADAN LIABILITI

YTL Communications tidak menerima sebarang liabiliti atas bahan, maklumat dan pendapat yang diberikan, diterbitkan atau pun yang tersedia di Laman Web YTL Communications. Kebergantungan pada bahan, maklumat dan pendapat ini adalah atas risiko anda sendiri. YTL Communications menafikan sebarang liabiliti bagi kecederaan atau kerosakan akibat daripada penggunaan Laman Web YTL Communications, atau kandungan yang terkandung di dalamnya.

LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS, KANDUNGAN LAMAN, PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI ATAU YANG TERSEDIA MELALUI LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS DISEDIAKAN “SEADANYA” DAN “SEPERTI YANG TERSEDIA”, DENGAN SEMUA KESILAPAN. DALAM APA JUA KEADAAN YTL COMMUNICATIONS ATAU VENDORNYA, ATAU PENGARAH, KAKITANGAN ATAU EJEN MASING-MASING (SELEPAS DARI INI DIPANGGIL “PIHAK YTL COMMUNICATIONS”) TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN, APA JUA JENISNYA, DI BAWAH SEBARANG TEORI UNDANG-UNDANG, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU YANG BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN ANDA, ATAU KETAKBOLEHAN MENGGUNAKAN, LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS, KANDUNGAN LAMAN, SEBARANG PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI ATAU MELALUI LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS ATAU MANA-MANA LAMAN PAUTAN, TERMASUK SEBARANG KEROSAKAN KHAS, TIDAK LANGSUNG, PUNITIF, SAMPINGAN, UNTUK DIJADIKAN TELADAN ATAU LANJUTAN, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, KECEDERAAN PERIBADI, KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU KEROSAKAN AKIBAT KELENGAHAN, GANGGUAN PERKHIDMATAN, VIRUS, PEMADAMAN FAIL ATAU KOMUNIKASI ELEKTRONIK, ATAU RALAT, KETAKLENGKAPAN ATAU KETAKTEPATAN LAIN DI LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS ATAU KANDUNGAN LAMAN, TIDAK KIRA SAMA ADA TERDAPAT KECUAIAN OLEH YTL COMMUNICATIONS ATAU TIDAK DAN SAMA ADA YTL COMMUNICATIONS TELAH DIBERITAHU TENTANG KEMUNGKINAN BAGI SEBARANG KEROSAKAN SEDEMIKIAN ATAU TIDAK.

Anda bersetuju bahawa tanpa mengira sebarang undang-undang yang boleh dikenakan sebaliknya, anda tidak boleh memfailkan tuntutan atau kuasa tindakan daripada atau berkaitan Laman Web YTL Communications atau Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini lebih daripada satu (1) tahun selepas tuntutan atau kuasa tindakan sedemikian timbul.

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA NOTIS PERUNDANGAN TAMBAHAN, PENAFIAN DAN TERMA DAN SYARAT LAIN MUNGKIN DIKENAKAN KEPADA LAMAN WEB YTL COMMUNICATIONS.

AM

Anda bersetuju bahawa Terma-terma Penggunaan Dalam Talian dan Dasar Privasi ini menerangkan perjanjian keseluruhan antara kita berhubung isinya. Jika mahkamah bidang kuasa yang kompeten mendapati bahawa sebarang peruntukan Terma-terma Penggunaan Dalam Talian ini tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan, anda bersetuju bahawa peruntukan Terma-terma Penggunaan Dalam Talian lain akan kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

^ Kembali ke atas